Jumat, 19 April 2013

Hikmah Menangis :')

Assalamualaikum Hawas' and Adams' semua!! Aku pasti semua antara kita ni pernah menangis.... Menangis bukan bererti kita seorang yang lemah...Tetapi mungkin antara kita ni, dia sudah bertahan terlalu lama dan ingin meluahkannya dengan limpahan air mata yang boleh melegakan mood seseorang...=)

Ok, melalui apa yang telah aku baca, kat sini aku nak share kan antara hikmah dan kebaikan menangis itu sendiri....Hampir semua yang bakal aku share kan kat sini benar belaka...huhu, kerana aku sendiri dapat merasakannya...=) hehe, jom scroll lagi...
1. Melegakan perasaan


Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran korang dengan menangis. Pasti lepas tu korang akan merasa sangat lega...PERCAYALAH~[Siti Nurhaliza...hewwheww]
instead of crying, seeing at green things like natural leaves can make our eyes feel better

2. Meningkatkan mood

So, perasaan korang dah legakan?? hehe...secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan mood korang...Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. 
Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.

3. Mengurangkan stress

 
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
Ok, nampak nya ketiga-tiga point di atas lebih kurang sama...hehe, rilek dulu...huhu ada lagi ni...teruskan membaca ya!!

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata. Hehehe, sampai maca tu sekali ye...huhu...=D

 
5. Membunuh bakteria

 
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit....=)

6. Membantu penglihatan



Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur...hehe, lagi2 siapa yang pakai lens kan, huhu...
Dari pengalaman aku sendiri, waktu aku try2 pakai lens dulu, aku tak perlukan cairan tambahan malah hanya gunakan air mata untuk hidrate[lembapkan]  mata aku....=) 


 Last But not Least....la la la~


7. Membangun komuniti


Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.

 habis dah!! Selamat Beramal Semua~~

Kenapa Umat Islam Sembah Ka'bah?

Assalamualaikum semua...


Subhanallah...~.~ cantiknye buatan manusia idea pemberian Allah ini....
Hanya kawasan Tanah Haram sahaja yang kelihatan cerah, bersih, bercahaya....

Assalamualaikum semua... (n_n)v Amacam gambar kat atas tadi?? kagum bukan?? =) OK lah korang dah tengok Ka'ba tak kira lah live ke tak, duk sembah Ka'ba hari2 semua...tapi?? haaaa....korang tau nak jawab kalau ade orang tak kiralah muslim or non-muslim tiba2 tanya soklan cam tajuk entry neyh?? haaa....nak tau?? sharing is caring....hehe.... 

Aku malas nak buat karangan panjang2 bagai....ni ape yang pernah aku terbaca dan....dan aku just recall back apa yang aku ingat....kalau ade pendapat lain sila sila lah ye...just feel free to drop your comment...=)
A: weyh B ko pernah tak terpikir??
B: pikiq apa??

A: hari2 kita duk solat sembah Ka'ba...bukan kita kena sembah Allah ke??

B: [tercengang sebentar]
Kemudian....B pon bersuara setelah mendapat petunjuk daripada Allah....wallahua'alam~
B: weyh A, kita kan selalu tengok bola kat tv je kan...
maklumlah masing2 dah busy kan sekarang ni...ko pernah tak terpikir
selama ni kita tengok tv ke tengok perlawanan bola??
A: apa punya soklan lahh hang neyh?? mesti lah tengok perlawanan bola!! =.=
B: eyh nape plak ko cakap macam tu?? bukan kita tengok tv ke??
A: eyh apsal plak?? dah tu ape yang dalam tv tuh?? perlawanan bola sepak lahh!!
B: ye aku paham makasud ko..heheh...tapi masalahnya sekarang, yang tu kan
cuma tv jer yang menyiarkan perlawanan bola sepak tu...orang yang dekat
stadium tu barulah tengok perlawanan bola sepak....heheh..cuba ko pikiq balik A...=)
A: [tercengang sebentar]
A: ha'ah lahh...betol jugak cakap ko tuh...tapi apa jadi ngn soklan
yang aku tanya tadi?? ada kaitan ker?? Aku ni lampi skit...heheh
B: ya, soklan yang ko tanya tadi ade kaitannya dengan perlawanan bola sepak tu tadi...
heheh....Ka'ba tu ibarat tv yang satu2nya kita sembah selama ini sambil mengkhusyukkan
diri kepada Allah....ini bermakna kita sembah Allah  tapi bukan nye Ka'ba....kita fokus kat tv tapi 
sebenarnya kita sedang menonton perlawanan bola sepak....begitulah konsepnya....=)
A: owhh aku dah paham sekarang.....alhamdulillah...terima kasih A...heheh...=D
p/s: oleh kerana itu, khusyuk lah dalam menunaikan solat...tak ramai di antara kita yang terhindar daripada memikirkan hal duniawi ketika solat...termasuklah aku kadangkala....entry ini aku tujukan untuk semua dan untuk diri aku juga yang serba kekurangan ini...=)

Kalau Bersin Cakap Apa??

Assalamualaikum, pernah tak korang baca artikel kenapa perlu mengucapkan Alhamdulillah selepas bersin?? hehe kalau pernah baguslah...Tapi kat sini aku mahu sharekan sedikit petikan artikel tersebut:
Google pic
KENAPA PERLU SEBUT ALHAMDULILLAH SELEPAS BERSIN??
Semasa kita bersin, selain menghembus kotoran dalam hidung, secara refleks otot-otot yang ada di muka kita menegang, dan jantung kita akan berhenti berdenyut atau berhenti berdetak untuk sementara. 
Setelah selesai bersin maka jantung akan kembali lagi berdenyut ataupun akan berdetak kembali. Oleh sebab itu, dalam agama Islam kita disarankan untuk mengucapkan kalimat pujian kepada Allah iaitu "Alhamdulillah" ataupun bermaksud "Segala Puji bagi Allah", kerana jantung kita sudah kembali berfungsi seperti biasanya atau normal, setelah istirehat sejenak disebabkan oleh bersin kita tadi.
Allah memberikan peluang untuk kita bernafas di bumi pinjaman ini lagi. Cuba bayangkan kalau jantung kita berhenti berdenyut selepas bersin tadi? Nauzubillah.
see, kita boleh nampak logiknya di situ kan? =)
UCAPAN/DOA KEPADA YANG BERSIN:
Orang yang bersin : sebutlah Alhamdulillah [segala puji bagi Allah]
Orang yang mendengar ucapan Alhamdulillah: perlulah menjawab Yarhamukallah [semoga Allah merahmatimu]
Orang yang bersin tadi menjawab kembali: Yahdiina Wayahdi Kumullah
Jika bersin lebih daripada 3 kali, mungkin ini adalah penyakit maka yang mendengar tadi sebutlah:
Afakallah [semoga Allah menyembuhkan kamu]
Sumber: MynameisAsri
             Halaqah.net
Sebut betul-betul ye doa tu...hehe...Selamat beramal...=)
p/s: ada sesiapa tahu makna Yahdiina Wayahdi Kumullah?? tolong share ye...tq =)krkr