Jumat, 19 April 2013

Hikmah Menangis :')

Assalamualaikum Hawas' and Adams' semua!! Aku pasti semua antara kita ni pernah menangis.... Menangis bukan bererti kita seorang yang lemah...Tetapi mungkin antara kita ni, dia sudah bertahan terlalu lama dan ingin meluahkannya dengan limpahan air mata yang boleh melegakan mood seseorang...=)

Ok, melalui apa yang telah aku baca, kat sini aku nak share kan antara hikmah dan kebaikan menangis itu sendiri....Hampir semua yang bakal aku share kan kat sini benar belaka...huhu, kerana aku sendiri dapat merasakannya...=) hehe, jom scroll lagi...
1. Melegakan perasaan


Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran korang dengan menangis. Pasti lepas tu korang akan merasa sangat lega...PERCAYALAH~[Siti Nurhaliza...hewwheww]
instead of crying, seeing at green things like natural leaves can make our eyes feel better

2. Meningkatkan mood

So, perasaan korang dah legakan?? hehe...secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan mood korang...Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. 
Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.

3. Mengurangkan stress

 
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
Ok, nampak nya ketiga-tiga point di atas lebih kurang sama...hehe, rilek dulu...huhu ada lagi ni...teruskan membaca ya!!

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata. Hehehe, sampai maca tu sekali ye...huhu...=D

 
5. Membunuh bakteria

 
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit....=)

6. Membantu penglihatan



Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur...hehe, lagi2 siapa yang pakai lens kan, huhu...
Dari pengalaman aku sendiri, waktu aku try2 pakai lens dulu, aku tak perlukan cairan tambahan malah hanya gunakan air mata untuk hidrate[lembapkan]  mata aku....=) 


 Last But not Least....la la la~


7. Membangun komuniti


Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.

 habis dah!! Selamat Beramal Semua~~

Tidak ada komentar:

Posting Komentar